MUZAKARAH ZAKAT NUSANTARA

Pengumuman Perubahan Lokasi:

Lokasi MZN telah diubah ke Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi dan Bilik Senat, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kami memohon maaf atas perubahan yang tidak dapat dielakkan ini. Sila klik link ini untuk melihat lokasi dalam peta.

Pengumuman untuk Semua Peserta Berdaftar:

Sudahkah tuan/puan masuk dalam grup WhatsApp MZN? Jika belum, sila hubungi urus setia mengikut kategori:

Panelis: +60 18-287 0567 (https://wa.me/60182870567)
Pembentang: +60 11-6467 0426 (https://wa.me/601164670426)
Peserta: +60 11-5650 5631 (https://wa.me/601156505631)

Kali ke-2 / Tahun 2024

Penganjur:


Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan & Pusat Kajian Syariah,
Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Rakan Strategik Utama:

Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

‘Sambutan Jubli Mutiara 30 Tahun LZS’

Penaja Utama:

Rakan Kolaborasi:

RESOLUSI MZN KALI KE-2, TAHUN 2024

Apakah itu Muzakarah Zakat Nusantara (MZN)?

Muzakarah Zakat Nusantara (MZN) pertama kali diadakan pada tahun 2023 dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada pelbagai pihak, khususnya mereka yang terlibat dalam industri zakat. Dua tema diangkat melalui MZN, iaitu pemerkasaan Syariah dan dakwah zakat.

MZN telah berjaya menghimpunkan para pemain dalam industri zakat melibatkan lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand.

MZN adalah medan terbaik untuk mempertemukan para pakar dan pengamal zakat, melibatkan penggubal fatwa, pembuat dasar, pengambil keputusan syariah dan juga tenaga pelaksana zakat, serta seterusnya saling berkongsi dan mempelajari perkembangan dalam industri zakat di negara masing-masing untuk dibawa pulang dan dilaksanakan di negara sendiri demi manfaat bersama.

Tema:

‘Kelestarian Syariah dan Pemerkasaan Dakwah Zakat Mendepani Keperluan Zaman.’

Tarikh:
1 – 4 Julai 2024M / 24-27 Zulhijjah 1445H

Tempat:
Bilik Senat, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan

dan

Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

TAJUK PERBINCANGAN MZN 2024:

  1. Pandangan Fuqaha Terhadap Aset Digital Sebagai Wajib Zakat.
  2. Keanjalan Fiqh Dalam Menyantuni Zakat Harta Digital.
  3. Konsep an-Nama’ Dalam Perspektif Harta Digital Sebagai Harta Zakat.
  4. Pandangan Syariah Kepada Perkembangan Harta Digital Sebagai Mal al-Zakawi: Pro dan Kontra
  5. Parameter Agihan Zakat Kepada Asnaf Fisabilillah.
  6. Penyaluran Dana Zakat Kepada Asnaf Fisabilillah Di Negara Minoriti Muslim.
  7. Asnaf Fisabilillah Dalam Konteks Mazhab Syafie Zaman Kini: Jumud Atau Berkembang?
  8. Asnaf Fisabilillah Dalam Memenuhi Keperluan Ummah Hari Ini: Limitasi dan Keluwesannya.
  9. Pemerkasaan Dakwah Kutipan Melalui Agihan Zakat.
  10. Pemerkasaan Dakwah Zakat Di Sebalik Isu dan Sentimen Agihan Zakat.
  11. Cabaran Dakwah Asnaf Zakat Sebagai Testimoni Kejayaan Zakat.
  12. Dakwah Zakat: Persaingan Di Antara Institusi Rasmi dan NGO/I.
  13. Cabaran Dakwah Agihan Di Era Kontemporari.
  14. Dampak Media Sosial Dalam Memberdaya Mustahiq Zakat: Pengalaman Institusi Zakat.
  15. Pengalaman Institusi Zakat Membina Rangkaian Dakwah Berasaskan Pengagihan Zakat.
  16. Inisiatif dan Inovasi Agihan Sebagai Wahana Dakwah Zakat.
  17. Lain-lain topik yang berkaitan zakat.

Panggilan Kertas Kerja

SIAPA PATUT HADIR?

Penggubal fatwa, pembuat dasar, pengurusan zakat, ahli akademik, para pengkaji zakat, para pelajar pasca siswazah, para amil dan pengamal zakat, ejen-ejen zakat bertauliah, NGO dan orang awam yang berminat dengan isu-isu zakat.

INFO PENTING

PENGHANTARAN KERTAS KERJA:

Tutup Pendaftaran Abstrak: 30 Mei 2024

Tutup Kertas Kerja Penuh: 10 Jun 2024 (Dilanjutkan)

Tutup Pendaftaran Pembentang / Peserta: 15 Jun 2024

Tarikh Program: 1-4 Julai 2024

PENDAFTARAN PEMBENTANG / PESERTA MZN:

Klik link URL berikut untuk pendaftaran:

https://forms.gle/guWKmjaioZ9q2iUM9

Atau imbas QR Code pendaftaran:

YURAN PENDAFTARAN:

Pembentangan bersemuka biasa: RM400

Pembentangan bersemuka pelajar: RM300

Pembentangan Online biasa: RM150

Pembentangan Online pelajar: RM100

Peserta bersemuka biasa: RM300

Peserta bersemuka pelajar: RM200

Peserta Online: RM50

Kertas Kerja Sisipan: RM50

INFO PEMBAYARAN:

Nama Akaun: BENDAHARI UKM

No. Akaun: 80 02 23 43 07

Nama Bank: CIMB Bank

Rujukan: Muzakarah Zakat Nusantara

PEMBUKTIAN PEMBAYARAN:

Semua pembayaran wajib dibuktikan dengan slip pembayaran bank yang perlu diupload semasa mengisi borang pendaftaran (Google Form) di atas. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas kegagalan pendaftaran jika peserta gagal membuktikan slip pembayaran pendaftaran.

INFO TAMBAHAN PENGINAPAN:

Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi (https://www.bangiresorthotel.com/)

Hotel Tenera Bangi (https://tenerahotel.com.my/)

Avenue Bangi Hotel (https://bangiwonderland.com.my/avenue-bangi-hotel/)

The Everly Putrajaya (https://teg-hotels.com/b/everly-putrajaya/)

Agoda.com (http://agoda.com/)

Maklumat Lanjut:

Dr. Hasanah Abd. Khafidz

hasanah@ukm.edu.my

+60 19 400 3202

Dr. Nurul Ilyana Muhd Adnan

ilyana_adnan@ukm.edu.my

+60 19 298 0708